Tuesday, October 11, 2016

VISI DAN MISI

OBJEKTIF,VISI DAN MISI PD KG TERSUSUN

OBJEKTIF



                     Mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca, mencintai ilmu dan meghargai maklumat serta berpandangan positif dan progresif terhadap pembangunan diri, masyarakat, agama dan negara.


VISI

1)Ke arah melahirkan masyarakat berbudaya ilmu


MISI


1)Menyediakan prasarana sumber maklumat dan ilmu untuk semua
lapisan mayarakat

2)Mengembangkan minat dan budaya membaca pada masyarakat

3)Menjadikan perpustakaan sebagai tempat mencari ilmu yang berguna


4)Memperkenalkan dan mendekatkan perpustakaan kepada masyarakat



Monday, October 10, 2016

PERNIAGAAN BERHAMPIRAN KG TERSUSUN...


  • Antara perniagaan yang dijalankan dalam Kg Tersusun seperti perniagaan kedai makan,perniagaan kedai runcit,perkhidmatan homestay,perniagaan kedai alat tulis,kedai perabot,dan sebagainya.



  • Malah ada yang mengeluarakn produk sendiri seperti jualan langsung melalui face book contohnya jualan nasi lemak,produk roti,biskut,pizza,kek dan jahitan pakaian.Selain itu ada juga yang menjalankan jualan kain tudung dan pakaian wanita dan kanak-kanak.

  • Penduduk di sini juga kebanyakannya adalah dari kalangan orang siam yang tinggal di kawasan Kg Tersusun banyak menjalankan pelbagai perniagaan seperti jualan makanan harian,sayuran,barang basah dan sebagainya lagi.

BENGKEL PEMANTAPAN BLOG 11/10/2016(SELASA)


Hari ini 11/10/2016 pihak perpustakaan Awam Negeri Perlis telah menganjurkan satu kursus membuat banner untuk dimasukkan ke dalam blog yang telah dicipta.

Setiap peserta diberi penerangan tentang langkah membuat blog yang menarik.Antara kriteria pemarkahan blog yang baik seperti :
 1.PAPARAN
1.1 kemas
1.2 Menarik
1.3 Mudah diakses
1.4 Mesra Android

2.ALAMAT
2.1 Mudah diingati
2.2 Mencerminkan nama Pd
2.3 Unik

3.TEKS
3.1 Standard
3.2 Mudah dibaca
3.3 Ringkas dan padat

4.GAMBAR
4.1 Menarik
4.2 Saiz yang sesuai
4.3 Sesuai dengan tajuk

5.ISI KANDUNGAN
5.1 Mememnuhi 100% tajuk page
5.2 Memenuhi 100% side bar

6. BERMAKLUMAT
6.1 Carta organisasi JKKK
6.2 Carta organisasi gerakan membaca PD
6.3 Jumlah Penduduk
6.4 Kampung sekitar
6.5 Pusat pelancongan
6.6 Perniagaan berhampiran
6.7 Perkhidmatan berhampiran

7.DIKEMASKINI
7.1 Maklumat sentiasa dikemaskini
7.2 Blog sentiasa aktif
7.3 Kreatif dan inovatif


Sunday, August 21, 2016

RUANG DALAM PD



                                                          RUANG BACAAN DEWASA

 
                                                          CARTA ORGANISASI PD
 
                                                  RAK BAHAN BACAAN MAJALAH
 
                                        RAK HASIL KRAFTANGAN AKTIVITI PENGGUNA
                                   RUANG UTAMA KAUNTER PENDAFTARAN AHLI
                  RUANG UTAMA UNTUK MEMBACA MAJALAH DAN SURAT KHABAR

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR...


Antara tempat-tempat menarik yang ada berhampiran Kg Tersusun seperti pusat taman reakrasi Burung Unta,aked niaga Padang Besar,Pejabat Haiwan veterinar.


TAMAN REAKRASI BURUNG UNTA
 
Taman burung unta amat popular bagi negeri Perlis kerana ia merupakan tapak pelacongan kepada pelawat dari semua tempat sebelum mereka sampai ke Padang Besar.Mereka dapat melihat habitat burung unta yang ada di sini.

Kawasan aked Padang Besar merupakan pusat pealncongan utama negeri Perlis kerana ia merupakan gedung perniagaan yang menjalankan pelbagai jualan termasuklah pakaian wanita,pakaian lelaki,kanak-kanak,peralatan dapur,makanan ringan,alat solek,permainan kanak-kanak,buah-buahan dan banyak lagi.Malah di sini sangat terkenal dengan makanan seperti tomyam,somtam,kotew sup dan pulut ayam yang menjadi pilihan orang luar.

                                                       AKED NIAGA PADANG BESAR

PEJABAT HAIWAN BATU 20 PUSAT VETERINA
Pejabat haiwan Padang Besar ini menjadi pusat penjagaan haiwan ternakan seperti lembu,kambing,rusa,burung unta,kuda dan sebagainya.Pihak mereka merupakan jabatan yang memelihara haiwan yang melibatkan semua aspek.


Berhampiran PD Kg Tersusun juga terdapat pusat pengajian tinggi iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS dan WISMA MAIP PERLIS.Kebanyakan penuntuk yang ada dating dari pelbagai negeri di dalam Malaysia malah pelajar dari luar Negara juga banyak yang menuntut di sini.
       UNIVERSITI MALAYSIA UTARA




Sunday, August 14, 2016

JADUAL WAKTU PERKHIDMATAN

JADUAL PERKHIDMATAN PD


1)    Waktu Perkhidmatan  : Isnin hingga Khamis
  9.00 pagi - 6.00petang

  Jumaat
  9.00pagi - 12.00Tengahari
  2.45petang - 6.00petang

  (Sabtu minggu ke 2 dan minggu ke 4)
  9.00 pagi hingga 6.00petang

  Ahad dan Cuti Umum : TUTUP